Wednesday 2 May 2012

Ya Allah..aku yakin dengan rencanaMu..


Salam dari Adnin, Salam dari jannah kita~

                          
Menyesal ! Menyesal ! Itulah kata – kata yang mampu diungkap ketika sahabat – sahabatku sibuk bergembira dengan terpilihnya ke temuduga IPG. Bila aku memutar kembali masa lalu, sangat sakit rasanya. Hari itu memang umi sudah bersusah – susah ke BSN semata – mata untuk membeli nombor id untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) buatku, tambah - tambah lagi apabila mendengar rengekanku yang selalu mendesak - desak manja. heee~

Namun program yang aku nantikan adalah PPC, khas untuk penghantaran pelajar cemerlang ke luar Negara bagi subjek Kimia, Biologi dan Fizik dalam bidang pendidikan. Lepasan program itu akan disalurkan ke sekolah menengah.wow3<< Sedihnya pada waktu itu program (PPC) belum dibuka. Aku mengambil keputusan untuk mengisi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) itu saja. Aku isi dengan rasa serba – salah memikirkan PPC yang sangat aku idamkan itu. Selesai saja aku mengisi, ketika jemari mahu menekan punat Hantar..rasa serba salah semakin membuak – buak di dada. Rasanya mahu pecah dan bersemburan saat itu juga. Jadi aku memutuskan untuk menyimpan maklumat sahaja tanpa menghantar kerana nombor id yang umi belikan itu hanya untuk satu program sahaja.  Masih aku ingat pilihan pertamaku ialah Pendidkan Islam dan yang kedua ialah Bahasa Inggeris. T.T Aku menanti . menanti . dan menanti PPC.. Sehinggalah tarikh bagi IPG local itu ditutup. Maklumatku dan borangku tidak terhantar dengan takdirNya.

                Apabila keputusan untuk ke temuduga PISMP dikeluarkan, aku melihat sahabat – sahabatku bergembira yang amat. Sedangkan aku masih dihantui penyesalan kerana melepaskan peluang yang cukup bernilai itu. Hajat tersimpan di hati, aku ingin meneruskan legasi keluarga. Kedua – dua kakakku sudah dan bakal bergelar seorang doktor. Aku ingin menjadi puteri keluarga pertama yang menyambung khidmat mulia kedua ibu bapaku, Cikgu Ruzani dan Cikgu Abdullah. (Aku bangga menjadi anak serta anak didik kalian). Di istana kita, kalianlah ibu bapaku, di sekolahku, kalian juga guruku. Aku benar - benar ingin menjadi seorang pendidik kerana bagiku pendidik sangat hebat, kerana merekalah lahirnya seorang arkitek, doktor bahkan Perdana Menteri sekalipun. :) Ya Allah, seandainya masih ada peluang bagiku mengejar cita – citaku ini, maka Kau permudahkanlah. Allahumma yassir~ 


Aku ingin mendidik anak - anak kecil, yang penuh dengan cerita di sudut mata kecilnya
                Kadangkala aku terfikir dalam diamku, adakah salah diriku melepaskan peluang itu? Atau mungkinkah ini sudah salah satu takdir Allah? Dan sudah pastinya penyesalan yang tidak pernah putus  itu seolah – olah aku menunjukkan ketidakpuasan hatiku terhadap rencanaNya? Ini semua rahsia Allah..Aku perlu refleksi diri, atau dengan kata lain muhasabah diri. Aku memujuk diri ini..Allah Maha Mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan, maka mengapa aku perlu bimbang dengan ketentuanNya dan siapalah sangat diriku ini, hanya seorang hamba. :) Allah tahu yang terbaik buatku. 
Walaubagaimanapun, aku tetap dengan matlamatku, aku ingin menjadi seorang pendidik !  (Andai ada izin dan redhaNya) sungguh aku tidak mahu hidupku serta impianku tercapai dengan izinNya tetapi tanpa redhaNya bersama! Semoga segala perjalanan hidupku bersama redha, rahmat, izin serta belas dariNya.


Terima kasih buat yang tersayang di sekelilingku yang selalu menyokong dan memujuk duka di hati ini..sedikit sebanyak mengubat kesedihan ini.
Ada hikmahnya..tak perlu menyesal. Tak akan mengubah gapo – gapo pun. Allah dah plan yang terbaik untuk mu
InsyaAllah aku doakan kaw akan dapat apa yang kaw nak. :)
Tak perlu menyesal, sekarang kita hanya perlu pandang ke hadapan !
Jika tidak menjadikan pendidik sebagai kerjaya, maka biarlah menjadi pendidik buat keluargamu nanti.
~InsyaAllah.


1 comment:

lin~ said...

kak adnin, my pleasure :(

awak inspired saya a lot lah (!)
awak memberi saya idea knp perlu sy menjadi seorang cikgu kelak (!)

aku ingin mendidik anak-anak kecil,yg penuh dgn cerita di sebalik mata kecilnya.

terima kasih kak adnin (:
pasti Allah tahu yg terbaik (!)
jgn bimbang, tindikan biologi kan masih ada peluang (: