Tuesday, 22 May 2012

Istikharah..


Bismillahirahmanirrahim.

Pertama sekali bukanlah kita penentu segala yang terjadi. Hanya Dia yang Maha Berkuasa. Dalam mana proses daku semakin dewasa, semakin banyak pilihan dan perkara yang perlu aku pilih. Aku tak mampu menghadapinya seorang diri. Dengan kata lain tak boleh pakai ayat “Redah JEK” tu, I mean without buat sebarang usaha. Aku perlu Allah. Aku perlukan Dia untuk guide aku. Tapi dalam masa yang kita perlu tawakal~

Semua orang juga sama sepertiku kini. Aku yakin semua orang dalam dilemma untuk memilih cabang hidup. Sabarlah hatiku~sabarlah temanku... Segalanya sukar pada permulaan. .tiada apa yang mudah. Cuma yang ada hanyalah jalan yang lebih mudah dan jalan yang lebih susah. Di sinilah tanggungjawab kita *yang membuat hati gundah gelisah*, iaitu untuk memilih jalan.  Jalan ke Kuala Lumpur atau jalan ke Kota Bharu.hehe.. :D

Semua orang disekelilingku sentiasa berpesan agar selalu dan sentiasa melakukan solat istikharah. Istikharah itu penting. Kenapa? Supaya setiap langkah kita di bumi ini dipandu olehNya. Alangkah malangnya jika sesaat pun Allah meninggalkan kita daripada jagaanNya. Ya Allah..aku perluMu.

DOA ISTIKHARAH

Berdoalah..terus meminta, tiada apa yang perlu dirahsiakan dariNya. :')



اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرُ خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ يَا كَرِيم، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْر شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِه فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْعَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ رَضِّنِى بِهِ ،وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أجمعين والحمدلله رب العالمين


Ertinya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk baik (pilihan) dengan pengetahuanMu, aku meminta diberi kekuatan dengan kekuatanMu. Aku memohon kemurahanMu yang luas, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak mempunyai kekuasaan, Engkau mengetahui, sedang aku  tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui semua hal yang ghaib.
Ya Allah kalaulah Engkau mengetahui pekerjaan ini baik bagiku untuk ugamaku, duniaku, kehidupanku dan untuk hari kemudiaku, maka berikanlah kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan itu buruk bagiku, untuk ugamaku, duniaku, untuk penghidupanku dan untuk hari kemudianku, maka jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, berikanlah kepadaku kebaikan di mana sahaja berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan kurniaanMu itu- (sesudah itu sebutkan perkara yang dimaksudkan dengan istikharah).


Jangan berputus asa dengan istikharah. Yakinlah Allah akan membantu. Mungkin caranya berbeza, ada sesetengah mendapat petunjuk dari mimpi. Dulu aku pernah berasa frust sebab tak mimpi ape2 pun.hee~ lantas salah seorang saudaraku berpesan..jangan risau, walau tiada alamat dari mimpu aku, dengan istikharahku, langkah akan terjaga. 

Aku akui.. Allah tak pernah memberi sesuatu yang tak mampu kita pikul. DAN..Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Yakin-!- kerana Dia akan memberikan seperti apa yang kita fikirkan~
Dan kini aku mula sedar..kenapa Allah memberikan aku course farmasi tu. Biarlah hati ini saja yang tahu. Seiring dengan matlamat aku dan untuk keluarga dan bakal keluarga tercinta. Aku mula menerima dengan hati yang terbuka.

Hikmah dan kebaikan sesuatu perlu kita cari, bukan sekadar meratap dan apabila aku ketemunya..Subhanallah, Kau Maha Bijaksana Ya Allah. :’D 

Aku kini benar – benar rindu hidupku di Kolej Islam.. apabila mengingat kembali biahnya. Aku ingin follow bende tu semua. Permudahkanlah aku dalam menjadi better person dan istiqamah Ya Allah. By the way~aku kini sedang mencari – cari album pink KISASku~oh my beby..mane kaw hilang. Aku rindu menatap foto – foto sahabatku. Semoga ketemu dan pencarian albumku itu berakhir. Allhummayassir-!-


مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني
 
"Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana."

No comments: