Salam dari Adnin Salam dari Jannah kita..
Jika dahulu aku melihat Aiman berlari – lari di halaman rumah sambil memegang lastik, mengintai – ngintai di celah dahan untuk mencari si kedidi atau jika untungnya hari itu dapatlah si murai.. Namun hari ini aku hanya melihat dia duduk di beranda rumah, melihat ke bukit, seolah – olah berfikir mengenai sesuatu.(sambil memegang henfon di tangan)..aku sekadar memerhati dari jauh.
Aiman pada hari pertama melangkah ke darjah satu.. |
Jika dahulu aku melihat ayah membonceng motosikal untuk menghantarnya ke tadika, ya, ketika itu aku sudah di darjah satu, ~bangga kerana aku dilahirkan terlebih dulu darinya..namun hari ini, dia yang memandu kereta menghantar ayah ke mana – mana. ^_^
Jika dulu aku melihat ayah menyisir rambutnya setiap hari. Ayahku..seorang yang penuh dengan motivasi serta kasih sayang. Sangat berlembut dan tidak memaksa.
Ayah pada zaman muda - muda dahulu~guru dan bapa yang baik :) |
Namun hari ini aku melihat dia tegap berdiri di depan cermin asyik membetulkan fesyen rambut yang mencacak. Kadang – kadang terdengar ayat dari mulutnya yang membuat gegendangku sedikit bengkak..LOL!
[["Wah,.semaknyo aku..hensem mace model"]] * Aiman bergaya poyo ala – ala ahli bina badan sambil mengangkat – angkat hujung keningnya. ]]
Jika dahulu, dia bercakap serta berborak dengan ayah mengenai saka dan hantu – hantu jembalang (budak – budak yang serba ingin tahu la katakan.haha) namun sore tadi, aku terdengar dia berbicara mengenai politik dengan lantangnya bersama ayah. ~Masa semakin berlalu dan sekelilingku seolah – olah berubah secara perlahan – lahan.
Kembali pula melihat kakak – kakakku, satu sahaja yang tidak pernah berubah, mereka sentiasa ingin memberikan contoh yang terbaik buatku. Mereka jarang memaksa tetapi mereka sangat tegas. Kadang – kala aku faham dengan kiasan mereka ketika ingin menasihatiku. Aku doakan mereka sentiasa Berjaya dalam kehidupan, Ya Allah, maka Kau berikanlah segala kebahagiaan buat seluruh keluargaku ini.
Kaklong ketika fisabilillah di Manchester dulu - dulu.. |
Adibah Abdullah
Dulu ketika aku masih kecil, ku sangka dirimu begitu garang..aku takut..grr. Tetapi apabila kamu mula pulang meneruskan kerjaya di tanah air kita, aku mula mengenali dirimu yang begitu prihatin, tidak berkira serta penyayang tetapi memilih! :p
"Suko tengok kaklong dok laye pakcik – pakcik dan mokcik – mokcik kat spital..<3 boleh jadi pakcik tu jatuh hati taw dop! Haha~"
Afiqah Abdullah
Bagiku kamu tetap sama macam dulu, di depanku dirimu masih seperti kanak – kanak yang seusia denganku.. kata – katamu yang sentiasa didengar.."eii kalaulah aku ada kembar, mesti best!" tidak semestinya kekandaku, Allah tahu apa yang sesuai untuk perangaimu puteri airmata...hak3. Ya, kamu matang sebenarnya.
"Aku bangga denganmu, kamu lengkap dengan satu pakej seorang perempuan, gadis dan wanita idaman mujahid. <3"
Amir Aiman Abdullah
Jangan terlalu mengikut hati..kamu masih belum cukup dewasa taw. I lebih berusia dari u taw..lagi banyak makan asam garam + asam keping.hee~
"Sekali sekalo, pikirlah maso depan, awop pandai, pandai sangat..cumo keno rajin jah."
Amiruzzaman Abdullah
Comel..sekitar awal tahun 2000 |
Kamu unik..berhati lembut tetapi degil. :)
Impian abe yu nk masok Kolej Islam kea..semoga dapat rasa biah yang indah di sana..yang membuat kakcik dan sahabat – sahabat kuat hingga hari ini.
"Abe yu adik kakcik yang baik taw. Kakcik buli sekali sekalo sebab kakcik sayang abe yu. Kakcik maroh pun tapi kakcik teman jugop kea, kakcik tulung jugop kea.."
Azalia Abdullah
Banyak menghabiskan masa bersamanya~ |
Dear bongsuku, kamu akan sentiasaku buli tapi tetap no satu di hati..<3 hahaha
"Belajar rajin – rajin sampai berjayo jadik dentist!"
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah maka Kau berkatilah dan berikanlah segala kebaikan buat keluargaku..Umi, ayah, kaklong, iqah, me, abe yu dan ja. Dan Kau permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan akhirat..amin"
2 comments:
kak adnin,
baru saya kenal adik beradik awak (:
awesome family lah! kakak penyayang <3
hehe..mekasih lin. :)
saya pun tersentuh stiap kali tgk post2 awak untuk adib <3
may Allah bless us taw .
Post a Comment