Tuesday 22 May 2012

Istikharah..


Bismillahirahmanirrahim.

Pertama sekali bukanlah kita penentu segala yang terjadi. Hanya Dia yang Maha Berkuasa. Dalam mana proses daku semakin dewasa, semakin banyak pilihan dan perkara yang perlu aku pilih. Aku tak mampu menghadapinya seorang diri. Dengan kata lain tak boleh pakai ayat “Redah JEK” tu, I mean without buat sebarang usaha. Aku perlu Allah. Aku perlukan Dia untuk guide aku. Tapi dalam masa yang kita perlu tawakal~

Semua orang juga sama sepertiku kini. Aku yakin semua orang dalam dilemma untuk memilih cabang hidup. Sabarlah hatiku~sabarlah temanku... Segalanya sukar pada permulaan. .tiada apa yang mudah. Cuma yang ada hanyalah jalan yang lebih mudah dan jalan yang lebih susah. Di sinilah tanggungjawab kita *yang membuat hati gundah gelisah*, iaitu untuk memilih jalan.  Jalan ke Kuala Lumpur atau jalan ke Kota Bharu.hehe.. :D

Semua orang disekelilingku sentiasa berpesan agar selalu dan sentiasa melakukan solat istikharah. Istikharah itu penting. Kenapa? Supaya setiap langkah kita di bumi ini dipandu olehNya. Alangkah malangnya jika sesaat pun Allah meninggalkan kita daripada jagaanNya. Ya Allah..aku perluMu.

DOA ISTIKHARAH

Berdoalah..terus meminta, tiada apa yang perlu dirahsiakan dariNya. :')



اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبُ ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنْ هَذَا الأَمْرُ خَيْرٌ لِيْ فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ، ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيْهِ يَا كَرِيم، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْر شَرٌّ لِي فِي دِيْنِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِهِ وَآجِلِه فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِيْعَنْهُ ، وَاقْدُرهُ لِيْ الخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ، ثُمَّ رَضِّنِى بِهِ ،وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين أجمعين والحمدلله رب العالمين


Ertinya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon petunjuk baik (pilihan) dengan pengetahuanMu, aku meminta diberi kekuatan dengan kekuatanMu. Aku memohon kemurahanMu yang luas, sesungguhnya Engkau berkuasa dan aku tidak mempunyai kekuasaan, Engkau mengetahui, sedang aku  tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha Mengetahui semua hal yang ghaib.
Ya Allah kalaulah Engkau mengetahui pekerjaan ini baik bagiku untuk ugamaku, duniaku, kehidupanku dan untuk hari kemudiaku, maka berikanlah kepadaku, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan itu buruk bagiku, untuk ugamaku, duniaku, untuk penghidupanku dan untuk hari kemudianku, maka jauhkanlah dia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, berikanlah kepadaku kebaikan di mana sahaja berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan kurniaanMu itu- (sesudah itu sebutkan perkara yang dimaksudkan dengan istikharah).


Jangan berputus asa dengan istikharah. Yakinlah Allah akan membantu. Mungkin caranya berbeza, ada sesetengah mendapat petunjuk dari mimpi. Dulu aku pernah berasa frust sebab tak mimpi ape2 pun.hee~ lantas salah seorang saudaraku berpesan..jangan risau, walau tiada alamat dari mimpu aku, dengan istikharahku, langkah akan terjaga. 

Aku akui.. Allah tak pernah memberi sesuatu yang tak mampu kita pikul. DAN..Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Yakin-!- kerana Dia akan memberikan seperti apa yang kita fikirkan~
Dan kini aku mula sedar..kenapa Allah memberikan aku course farmasi tu. Biarlah hati ini saja yang tahu. Seiring dengan matlamat aku dan untuk keluarga dan bakal keluarga tercinta. Aku mula menerima dengan hati yang terbuka.

Hikmah dan kebaikan sesuatu perlu kita cari, bukan sekadar meratap dan apabila aku ketemunya..Subhanallah, Kau Maha Bijaksana Ya Allah. :’D 

Aku kini benar – benar rindu hidupku di Kolej Islam.. apabila mengingat kembali biahnya. Aku ingin follow bende tu semua. Permudahkanlah aku dalam menjadi better person dan istiqamah Ya Allah. By the way~aku kini sedang mencari – cari album pink KISASku~oh my beby..mane kaw hilang. Aku rindu menatap foto – foto sahabatku. Semoga ketemu dan pencarian albumku itu berakhir. Allhummayassir-!-


مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني
 
"Ertinya : Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana."

Wednesday 16 May 2012

Hari Guru..buat aku rindu~dan terus rindu..


 Bismillahirrahmanirrahim..

Tak sangka..sungguh aku tak sangka. Rupanya sudah lama aku bergelumang dan berhempas pulas dalam zaman persekolah. Bermula dari Tabika Kemas Kuala Nal, Sekolah Kebangsaan Kuala Nal, SMK Sultan Yahya Petra 1 dan seterusnya Kolej Islam. Ya, dari dulu hingga kini aku sangat hormat, sangat menyayangi dan memandang tinggi semua pendidikku. Dari aku langsung tidak mengetahui A,B,C hinggalah aku mengetahui segala reaksi tindak balas kimia, fizik, biologi…tak kurangnya ilmu agama. Satu yang aku sentiasa lihat pada sudut mata guru – guruku ialah satu keikhlasan dan desire untuk memberikan yang terbaik buat pelajarnya. Mereka ingin melahirkan seorang “manusia”..itulah matlamat mereka. Sekali kita menceburi bidang perguruan..satu yang kita perlukan adalah BERKORBAN. Benar kata seorang sahabatku..

Cikgu ini memang tinggi darjatnya..sekali dia digelar cikgu..hingga akhirnya hanyatnya, namanya tetap segar di bibir – bibir masyarakat. Jasanya tetap dikenang, namanya tetap tepatri..

1999 :

Aku masih ingat..ketika di Tadika dulu, cikguku tak pernah lelah melayan kerenahku.   
Ketika aku menangis kerana helaian bukuku terkoyak. Menangis..cikguku yang memujuk. 
Ye, masih aku ingat..penuh lemah lembut mengusap airmata yang jatuh. 
Ketika aku dan rakan merengek lapar bukan pada waktu makan yang sepatutnya, Cikgu Ti tetap melayan.hee.
 Aku rindu saat melompat – lompat di atas tilam bersama rakan – rakan di Tadika dulu. 
Rindu berkongsi susu di gelas yang sama. Rindu, rindu dan terus rindu. 
Rindu berjalan dengan sahabatku..-dari rumah pengasuhku(babysitter) ke tadika hanyalah 5 minit berjalan. Aku juga rindu ketika ayah..yang juga cikguku menghantarku hingga ke pintu tadika setiap hari..menyisir rambutku sekali lagi sebelum melangkah ke tamanku itu.hee. 
Kadangkala rakanku meluahkan rasa jelez mereka apabila melihat ayahku yang begitu caring.cehh.hik3. Aku rindu.. = =' Skemanya Ning dengan baju tadika berwarna biru dengan corak petak - petak di hujung lengan..tapi cumell. Cung gitu.haha~

Setiap kali tiba buku baru~
 Guruku menulis “Adnin” di papan putih,
Macam ini nak eja nama awak..
Aku yang tidak berpuas hati terus bertanya…
”Cikgu, nak eja nama ayah macamane?” -ini namanya mengadeee-!-hehehe
Cikgu tanpa lelah menulis..”Abdullah” ini nama bapa awak.
Bayangkan, betapa gigihnya cikgu melayan kerenah berpuluh – puluh anak kecil yang merengek – rengek ingin belajar mengeja nama seperti aku ini.Haha. Setiap hari sehinggalah kami pro~

2000 :

Aku mula melangkah ke darjah satu ketika berusia 6 tahun. 
Kiranya aku berada di darjah satu selama dua tahu.HAHA. 
Markahku ketika tahun kedua darjah satu melebihi jauh orang lain. Aku gembira dengan cikgu – cikguku.
Cikgu Noraini mengajarku A,B,C,D,E,F…kemudian terus belajar mengarang dengan cikgu Haslinah. Gembira mula mengenal snail itu siput, frog itu katak, cat itu meow2 and many more.haha. Melukis dengan tekun di meja sehingga tak sedar loceng rehat sudah berbunyi~ lalu menunjuk2 lukisan lawa itu pada saeng2.haha

Darjah berape ye?hee.~maaf saya skema. :)


 Belajar matematik dengan ayah sendiri. Wahh3..peraturan ketat. Di sekolah aku tak dibenarkan memanggil ayah sebagai ayah. Mesti memanggilnya “Cikguu ..” hehe. Kadang – kadang tersasur memanggil Yahhh..!!haha.  

Aku sayang guru – guru aku. Aku sentiasa doakan mereka dirahmati..dan yang sudah dipanggil mengadapNya..doaku moga kalian beserta dalam orang – orang beriman.
Aku masih ingat pengalaman memasak bersama rakan – rakan di bilik guru. Berebut – rebut membantu guru. Siapa cepat, dia dapat, siapa dapat dia cikgu sayang.haha. *jus kidding Alhamdulillah..terima kasih cikgu kerana mendidik saya. Akademik, agama dan sahsiah. 5A itu mungkin tidak seberapa untuk dibandingkan dengan jasa kalian namun itulah hadiahku untuk kalian beserta doa – doa.~

2007 :

Aku mula melangkah ke alam remaja.hoho.
Di sini banyak dugaan. 
Cikgu, terima kasih kerana terus memberi saya tunjuk ajar untuk menjadi perempuan, pelajar dan hamba Allah yang baik. Terima kasih kerana masih memaafkan saya ketika saya terr..melakukan sebarang kesalahan. Terima kasih kerana membantu tatkala daku kesusahan. :’( 
Impian saya mendapat 9A juga akhirnya menjadi realiti berkat tunjuk ajar cikgu2..sekali lagi.. terima kasih. :) Bohot2 syukria.hak3

Jamuan kelas akhir tahun 2008~Cikgu Zahari.  Harap menjadi hottest stuff dalam geng-!-haha


2010 :

Sedih..bila terpaksa meninggalkan cikgu – cikguku di SMK Sultan Yahya Petra 1 (bakal SBT InsyaAllah) heww3.

Ponteng di tangga~haha, tipu jek.

Aku rindu Cikgu Ku Lina..Cikgu Kama dan cikgu – cikgu lain. Airmata mencurah – curah saat terpaksa meninggalkan mereka. Mereka menasihati aku supaya membuat pilihan yang terbaik. Ye, memang ke Kolej Islam pilihan yang terbaik. :D

Aku mula sedar..dulu memang dah sedar. Tapi sekarang lebih sedar tingginya darjat seorang guru. :D
Dan aku pernah bercita – cita untuk menjadi seorang guru namun ketentuan Allah hanya Dia yang mengetahui mana yang terbaik. Allah bagi kita satu nikmat kebijaksanaan..maka sepatutnya kita gunakan untuk memberikan bakti terhadap orang lain. :D


Apabila melihat slip peperiksaan SPM ku. Terkenang sekali guru – guru yang tak mengenal erti lelah membuat kelas, malam..pagi.. sungguh aku kagum dan hargai. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan cikgu tetap datang mendidik kami dengan penuh semangat. Walaupun ada di antara kami yang tertido..huhuhu.
Teringat sebelum SPM seolah – olah cikgu yang bakal menduduki peperiksaan juga. Memberi bahan secukupnya..sehingga kami rasa terjaga dan bersedia. Saya sedia-!- Saya sedia-!- *copy from Spongebob.hee. terima kasih cikgu,

Alhamdulillah A'la kulli hal..Terima kasih cikgu. :')


“Jika boleh, biarlah cikgu yang masuk ke dewan menjawab soalan bagi 306 pelajar tingkatan 5 ini..tapi the problem is tak boleh..:D” 
~kata - kata yang tetapku ingat.hak3

Monday 14 May 2012

Dua Dunia~

Puisi .. dunia puisi itu indah. Dengan berpuisi, seolah – olah aku mampu hidup dalam satu dunia yang lain. Satu dunia yang aku impikan sedari kecil. Dunia yang hanya penuh dengan keindahan..kedamaian.~tiada kesakitan, tiada kelukaan..

Angin dan Debu

cinta adalah hidup
rindu adalah mati.

cinta itu bait-bait syair yang mengalir
rentaknya akur pada denyut hayat
adakalanya membuak dari luka pedih
amuknya menggempa pada bumi
memetir pada langit
hangat seperti lahar api
benderang seperti matahari.

rindu itu lukisan yang sudah kering tinta
melakar pada kanvas masa
renungan mata sedalam lautan
awan kelabu terus abadi memendam hujan
selama-lamanya kaku dan bisu
diam seperti gunung-ganang
dingin seperti cahaya bulan.

cinta tanpa rindu
padang pasir meribut tanpa wadi
rindu yang tidak pernah dikunjung cinta
adalah salji kutub utara
menanam kisah dari kurun berjuta
hidup jadi bererti
kerana adanya mati
cinta jadi manis dan wangi
diperam waktu
dalam tempayan rindu.

cinta memberi nadi
hingga lukisan mula menari
rindu memberi wajah
sampai syair terukir jadi potret indah
ketika tiba waktunya bertemu
kewujudan dua menjadi satu
bertukarlah mati menjadi angin
dan hidup menjadi debu


Original : Dr. Adibah..

for me, this poem sangat bermakna. Kata – kata puitis ini sedia menemani file ku sepanjang waktu untuk menghadapi SPM..Bersama – sama Kakde mendeklamasi dengan penuh perasaan di 506..Haha-!-


Hangat seperti lahar api..benderang seperti matahari~

Kamu juga -  andai masih dikau simpan.. Sedikit ilham dari puisi ini ku curi dengan penuh harapan..agar sampai pesanku padamu. Segalanya masihku ingat..segalanya masih segar, Kau membuat aku lebih sabar, memahami erti jihad dan pengorbanan keranaku tahu Indahnya Kenangan~
               

   

Sunday 13 May 2012

HADIAH..present..gift :)


Hari itu ketika aku sedang sibuk mengurus hal dapur, seperti biasa kurang lebih 2 petang ayah dan adik bongsuku pulang ke rumah. Adik kecilku berlari – lari gegas ke dapur memanggil aku sambil memegang sekotak bungkusan berbalut kuning dengan corak – corak bunga sedikit. 

"From : Nabilla
To : Adnin"

                Jelas tertera di atas kotak  bungkusan, itu untuk aku. Aku gelak, dan mula bertanya. 

“Gapo ni Dik Ja?” 

Mukanya kelihatan begitu exited memberitahu itu hadiah dari kawannya. Kawan sekelasnya. Sungguh aku pelik-?-, ye, tak kisah pun kan tapi aku bukannya kenal si kawannya itu. Aku yang sedang sibuk berdapur itu tidak sempat menyimpan hadiah itu dengan baik. Ketika adik aku sibuk menceritakan hadiah itu cantik, kawannya selalu berborak tentangku dan kawannya berminat padaku, aku sekadar tersenyum sambil meneruskan kerja aku. Aku lantas menyuruhnya meletakkan di atas katil dan nanti – nanti aku akan membuka dan melihat isinya. Hadiah dari si anak kecil, apa la sangat kan. Mungkin brooch atau tedy kecil atau ntah.hihi.

tedy? rose? - gambar hiasan -

Seperti dijanjikan aku membukanya dan tersenyum. Aku menyimpannya elok – elok. Walau apapun pemberian, harus dan perlu dihargai! Bukan nilaian pada barangnya tapi keikhlasan dan cerita di sebalik itu. Aku akui, segala hadiah yang aku perolehi dari dulu hingga kini akanku simpan elok kerana aku menghargainya. :)

                Aku berfikir, apa perkara yang aku telah aku lakukan sehingga memikat hati rakan – rakan adikku. Tiba – tiba aku teringat, hari itu aku menjemput adikku pulang dari kelas fardhu ain. Aku melihat mereka berjalan beriringan, aku memandang mereka dan melemparkan secubit jela senyuman. Ye, itu sahaja.

Senyum xperlu kata apa - apa !  ^_~


                Malamnya muhasabah diri sebelum tidur, aku berfikir.. begitulah kehidupan ini. Hanya dengan sopan santun dan senyuman, semua hati akan menjadi tenang. Kadang – kadang api kemarahan juga bakal reda hanya dengan sekuntum senyuman. Senyum itu sedekah. Aku tiba – tiba teringat kata – kata kakakku, stress bekerja seharian mampu dihapuskan hanya dengan senyum dan menceriakan orang lain. Keadaan akan menjadi reda dan pulang dari kerja dengan tenang dan berpuas hati. Senyuman juga membuka gerbang ukhuwah seluas – luasnya.

                Aku juga terfikir. Tentang hadiah atau pemberian manusia boleh kita umpamakan dengan pemberian atau hadiah Allah kepada kita. Seluruh anggota, keluarga, sahabat, kekayaan semuanya hadiah dariNya. Semuanya perlu kita syukuri. Mungkin kadang – kadang kita sering mengomel, 

“Mengapa aku tidak cantik?”
 “Mengapa aku tidak sepandai sebijak si A?”
 “Kenapa dia selalu lebih?”
 “Kenapa..kenapa dan kenapa?”

 Sampai bila kita harus dengan mengapa dan mengapa. Jika kita terus begitu sampai bila kita akan bangkit-?- Cuba kita fikir, jika kita mengkritik dan mengomel terhadap pemberian seseorang, bukankah sedikit terguris hatinya. Apatah lagi jika pemberian dariNya. Hargailah, jangan pandang pada apa yang kurang tetapi pandanglah apa yang lebih. Jika kita merasa kita hebat, please la..tolong siket, ada yang lagi lagi hebat kan. Jika kita rasa kita kurang, kita down, underground sangat en..ade yang lagi “bawah tanah dari kita!” :D dunia ibarat roda~ k bai. Sudah muhasabah, baca doa terus tido.

The intebiuu~


Alhamdulillah di atas segala nikmat Allah.. Pertamanya sekalung ucapan terima kasih saya ucapkan kepada panel saya iaitu Encik Azizan dan Madam Tanty yang sangatlah baik lagi baik dan baik. Sesungguhnya saya percayakan kata – kata ini “Rezeki Allah ada di mana – mana”


                Tepat jam 9 malam 8 Mei barulah laman web MARA dapat saya masuki. Alhamdulillah..gembira, syukur, berdebar, segala rasa bercampur baur apabila aku terpilih untuk temuduga bagi program pendidikan Biologi. Vanue : Ibupejabat MARA time : 9 a.m dan ketika itu aku masih mamai kerana tido selepas isyak. :P dalam keadaan mamai itu aku terus membuat segala persiapan dan mandi sekejap untuk menyegarkan otak. Antara persiapan yang aku lakukan :

~Aku mengulangkaji kembali biologi form4 dan form5 kerana kakakku dulu penah diuji untuk menerangkan sedikit mengenai bab 5 tingkatan 4.heww3

~Aku melihat kembali side positif segala isu seperti ptptn *cikgu kann.

~Aku juga usha sape – sape yang penah gi teviu MARA dulu. Yeah…MARA terus  mara !

~Penat aku hafal misi visi and objektif MARA.HAHA


Aku bermusafir hari itu dengan penuh ketenangan. Allah sentiasa bersama kita, jangan takut. Aku just go on and ikut the flow jek. Tambah – tambah lagi umi ada bersama. Rasa tenang dan cool.huhu. Lagipun aku bukannya interview medic ke dentistry ke..tindikan je pon. :P

7.45 pagi :    

Lepas siap urus diri. Aku sarapan roti dan my feveret strawberry milk..heww3. (Carik pasal minum susu pagi – pagi. Saket perot baru taw.haha) Then dari Putra terus cari teksi untuk pergi kat placenye. Oke. Aku rasa seram sebab driver dia cam lain macam.haha. Korang bayang la. Sepanjang perjalanan dia asyik gelak terbahak – bahak sorang – sorang. Kuat giler smpai terbatuk – batuk. Aku dah seram sejuk dah. Ape nie..tp takpela ujian pertama. Alhamdulillah dalam 15 minit (sebab jem kan) sampai la kat Medan MARA tu. 

8.15 pagi : 

Aku rasa still lek lagi ngan umi time sampai tu. Then, aku melangkah masuk dengan selawat ape sume kan. Bila masuk je dalam, orang – orang MARA ready menyambut kitaorang kat kaunter tu. Hati aku yang cool tadi tiba – tiba berdetak – detum..wohoo. jantung ni dah jadi 5000 cc tetibe bile tengok diaorang.rasa la aura tuh.haha. Memang tangan sume shaking. Tambah – tambah agi bila tengok semua candidates lain. Aku pandang seluruh Medan MARA dan semua bebudak..huhu. Err…Innallaha Maana.


8.30 pagi :
 Aku dan geng2 biologi dipanggil ke kaunter pendaftaran. Aku mulanya diam..namun apabila mereka menyapa aku, barulah aku mula bersuara. Cehh..haha. *bukan pasif k.

Aku ke meja pendaftaran. Yep, I got a tag. Tag ke? Ntah. BIO –A – 4. Benda tu must ditampal kat tudung. Tetibe Madam kat tempat pendaftaran tu membelek – belek sijil aku. Dalam 3 kali. Haih..aku dah panic. Tibe – tibe dia tanya aku..mana salinan result SPM..pehh3. Dahla ngah nervous tetibe kena tazkirah kat situ pulak. Kenapa aku je yang kena? Padahal sume geng aku xde benda tu sebab diaorang tak cakap pun perlu salinan tu. Kan3? Aku xsalah! Aku tak salah!haha. (*gaye meronta – ronta.HAHA). Aritu dah hantar kan. But, xpe, its my fault. Aku pegi la fotostat result tu. Nasib baik result cantik. Sejuk ati memandang.hahaha. *jus kidding.

BIO-A-4 ~alat tulis? ambik berkat dari SPM..hik3

Lepas pendaftaran tu kitaorang Alia, Fizah, Diana, Adnin dan Nashuha pergi same2 ke bilek Kemboja. Kitaorang sempat berkenalan la before masok bilik tu. Then macam biasa la, masok tu ada pengiring. Kitaorang dilayan baik la. Masok tu just wait for the panel suh kita duduk. Then kitaorang ditanya macam – macam. Just like sharing actually.

Alia, Fizah, Diana, myself and surely Nashuha. :D my group~
  • -          Why you wanna be a biology teacher?
  • -          They asked us about ‘integrity”
  • -          Ask us how to use excel, twitter and skype _ medium for communication right?
  • -          They also asked about our koku.
  • -          About family background~
  • -          They asked us how to make the students listen and follow what we tell them.
  • -          If I have a chance, what I wanna do and suggest to government to change this world?
  • -          They asked us about Gen Y.

Panel actually banyak nasihatkan kitaorang. Just wanna sharing lah. Kita perlu amanah dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan mudah berubah..jangan culture shock law kat luar nanti. Being cikgu MRSM ialah 24hours teacher. :) kena banyak berkorban. 

Memang hidup sentiasa perlukan pengorbanan. Pengorbanan untuk diri sendiri dan pengorbanan untuk orang sekeliling yang sangat kita sayangi. Yup! Sal my answer for all the questions above tu, biala rasie.haha. Dari pukul 9 hingga 9.50, interview tu finish gak akhirnya. Panel jugak cakap, cara interview tu depends pada panel dan tahun. Suka hati diaorang nak buat apa la kan.hik3. Nak bagi sardine ke, nak bagi spaghetti ke nak bagi ape2 task ke and debat ke perbincangan ke. Memangla nampak easy sebab saya bukan mintak medic yang menjadi pujaan ramai tuh. Xpela, yang penting saya hepy sebab matlamat saya untuk mencari ilmu dan pengalaman dah berjaya.hoho. 


“When you teach, you learn, while you learn you share..Sharing is caring” 

_MY WORDS with muka bajet_hehe. Chekgu Stylo!

 10.00 pagi :
After siap semuanya kami bertemu parents masing – masing. Gembira tengok umi seperti fuhhh..lega bila tengok aku dah selesai. Alhamdulillah. :)

Tenang~umi always di sisi. :) tq umi!

~ OVERALL, aku rasa macam everything berjalan dengan lancar, tenang dan tersusun. Ada masalah siket – siket tu biasa la kan. So, chaiyok! Aku percaya semua yang Allah tentukan adalah yang terbaik. Jika ada rezeki untuk ini maka Alhamdulillah, dan jika tiada rezeki di sini, aku yakin mungkin ada di IIUM, aku akan menjadi ahli farmasi yang Berjaya..pehh3. Sungguh bukan kita yang menentukan jalan hidup kita, segalanya sudah siap tersusun sebenarnya. Kita hanya perlu melaluinya dengan usaha dan tawakal agar segalanya lancar dan chantek! :D Sechantek kite. :D

Ginilah jadinya bila dah penat..hak3.

Saturday 5 May 2012

Salah, Betul,


Assalamualaikum temanku, seperti yang dijanjikan, hari ini aku akan berkongsi sedikit rencah dan perjalanan hidup yang pernah aku lalui. Mungkin bagimu ini tidak  seberapa, namun bagiku inilah yang membuat aku lebih matang, lebih kuat, lebih memahami, lebih mengerti, lebih menghargai, lebih berhati – hati dan berwaspada.

 Pertama sekali, aku benar – benar menitik beratkan apa itu erti cinta yang sebenarnya. Cinta itu sangat indah, cinta kepada sanak – saudaramu, cinta kepada seorang sahabat, dan yang paling berbisa iaitu cinta yang menjadi fitrah kita iaitu cinta kepada si adam. Sayang dan cinta itu fitrah kepada semua makhluk.Mungkin hatimu kini mula berbunga – bunga bila aku mula menyentuh tentang itu,yep! sabar dulu.~ Tiliklah hatimu teman, tilik dengan betul. Kadangkala apa yang kita rasai kini bukanlah CINTA, namun hanya sekadar keinginan untuk memiliki. Keinginan untuk memiliki ini mungkin muncul lantaran rupa, status hidup si dia yang mewah dan sebagainya. Cinta inilah yang membuat kamu berkeluh – kesah kini. Bimbang kesolehanmu hilang dan imanmu goyah. Bimbang hatimu tercemar dan sebagainya. Hati orang yang beriman memang akan sentiasa berasa kurang senang apabila ada anasir yang berlainan gender menusup ke kalbunya. Bertuahlah anda teman!  

Putih (i) dan Putih (ii) di rumahku juga saling menyayangi. :)


        “Kecintaan kepada sesuatu bias membuat buta dan tuli” :: Riwayat Ahmad

Wah..lima huruf ini, c.i.n.t.a memang sangat berbisa. Di sebabkan pelbagai pendapat, rasa, kebahagiaan dan implikasi yang bakal muncul akibat cinta, maka terbitlah pelbagai istilah mengenainya. 

Bagiku kita sebagai remaja mungkin kita bakal merasai salah satu daripada 50 istilah cinta ini iaitu (Al-‘Isyqu) cinta yang meluap – luap.  Cinta yang meluap – luap ini bererti ketaajuban terhadap orang yang dicintai. Inilah yang membuat kamu merindu setiap hari, terlalu memikirkannya hingga mampu membuat binasa seperti merasa tertekan atau terlalu bahagia hingga lalai dari tanggungjawab. Bagi saya, biarlah kita besederhana sahaja kerana mungkin ketaajuban ini akan membawa kepada (Al – Wajdu) iaitu cinta yang berakhir dengan kesedihan, terutamanya apabila kita terpaksa meninggalkan atau ditinggalkan. Ini semua rahsia tuhan, siapa jodohmu sudah Allah tentukan ketika kamu masih di rahim bondamu lagi. Jadi jagalah hak si dia yang sudah tertulis di Luh Mahfuz sana itu.

Sekali lagi, daku berpesan teman, besederhanalah sentiasa selagi belum mendapat kepastian bahawa si dia adalah untukmu. Jangan terlalu yakin dengan orang di sini (kini) kerana Allah Maha Berkuasa.

Oke, sudah penat berskema dan serius..hee. Itu sekadar mukaddimah dari seorang pemantun. :D. Sekarang saya akan mula berkongsi dengan awak. Along saya selalu berpesan, lelaki yang baik tidak akan meluahkan rasa sayangnya tanpa ada sebarang perantara. Jika benar lelaki itu inginkan kamu yang sangat berharga, InsyaAllah, dia akan datang untuk memetikmu sebagai srikandi yang halal buatmu nanti. Dia akan berusaha untuk jaga hatinya dan jaga hati kamu.

Daku sentiasa meluangkan masa untuk bercerita segala rahsia cinta di diari Bear2~


Bayangkan betapa indahnya jika dia meluahkan keinginan untuk memiliki kita kepada kedua ibu bapa kita terlebih dahulu (tanpa pengetahuan kita) MasyaAllah, daku benar inginkan zauj yang mempunyai agama dan peribadi yang tinggi serta menghormati perempuan seadanya. Awak juga ada memberitahu saya, awak tidak sampai hati untuk meng”ignore”kan dia kerana tidak mahu dia merana. Ya, kita sebagai perempuan memang  mempunyai hati yang sangat lembut, tidak pernah menyalahkan awak. :) tetapi percayalah..ayah saya pernah berpesan.

Lelaki nie, kalu dia tak dapat Kak Cik dengan plan A, dia akan tukar gi plan B, kalu dia tok buleh lagi, dia akan usaha plan C.

See? Kalau dia betul – betul inginkan kamu, dia akan berusaha sampai dapat. So kita tak perlu ada istilah kasihan atau tak sampai hati.

Coretan hati~suatu ketika dulu.
 

Oke, tak perlulah berbasi – basi lagi. . Dulu dan di KISAS pun kan..saya bukanlah seorang yang sosial, saya biasa-biasa saja. Dulu, saya seorang yang fokus pada pelajaran dan saya perlu dapat apa yang saya inginkan. 9A! Namun saya sangat mudah terpengaruh dengan orang sekeliling, semakin ramai teman berganti, semakin hotstuff la kan.So I just join them, pada saya as long as I dapat the first place in my batch, suka hati la nak kapel ke ape ke [sempitnya fikiran ketika itu]. Ada suatu ketika sedang saya berborak riang dengan teman – teman, guru disiplin sekolah tiba - tiba memanggil saya untuk dikaunseling sedikit disebabkan saya terlalu “aktif”.huhu. 

“Awak pelajar harapan, sepatutnya awak tidak perlu terlibat dengan hal yang tak elok ni. AWAK HARAPAN SEKOLAH.” 

 AHH..saya rasa malu yang teramat dan rasa sangat bersalah. Awak, saya juga pernah kantoi~aduhh. Nasib baik Thirah, Ya dan Tiqah membantu dan for sure Allah. Saya save hari itu dari punishment or what we call ek, merit system, but parents saya tahu dan memberi first and last warning. Sangat memalukan. Saya tidak lagi mahu membuka aib dan pekung di dada.

Itu kisah silam. Alhamdulillah, saya ke Kolej Islam sebenarnya satu pelarian dari satu hidup yang saya rasa mengaibkan kerana salah saya sendiri. Namun saya sangat berterima kasih kepada cikgu  - cikgu dari SYP1 dan Kolej Islam sendiri yang sangat banyak mencurahkan ilmu dan kata nasihat kepada saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa – jasa cikgu. Saya berasa sedikit lega apabila sahabat saya selalu mengingatkan saya, selangkah kita berubah, selangkah kita meninggalkan segala keburukan..Allah pandang itu semua! Seriously, kisah saya yang secebis tu takdelah seram pun, kerana kita bercerita haruslah berpada kerana bimbang daripada niat awal ingin memberi teladan – auto rotation membawa  kepada mengaibkan diri sendiri a.k.a membuka pekung di dada. 
 
Penat berleter panjang~ konklusi ni khas untuk awak. Maybe orang tak faham apa yang saya cuba sampaikan nie but saya tahu awak faham sebab ini saya tujukan untuk awak.

::Semua orang ada baik buruknya..ada kisah tersendiri. Awak tak perlulah terlalu tertekan kerana Allah Maha Pengampun. :)

:: Tak perlulah bersusah – susah memikirkan jodoh kita. Mengikut satu buku yang saya baca, jodoh kita dekat je sebenarnya. Contoh, awak sendiri tahu, dulu saya beria inginkan orang jauh itu. Sekarang tup2..orang yang balik bersama dengan kita selama 8 jam Klang – Kota Bharu itu juga yang saya hargai. Orang yang selama ini tak pernah saya sedari kehadiran dia~
   

::Kita masih muda, aulakan apa yang utama, mungkin awak sudah mula berfikir untuk mempunyai keluarga, tapi ingat. – untuk memiliki keluarga yang sempurna rohani jasmani, dunia akhirat, kita perlukan ilmu, ilmu di dada untuk mendidik. Ilmu di sekeping ijazah untuk meneroka rezeki di alam ini. So, study first taw, berbakti pada kedua ibu bapa kita dulu. :D
Suka - suka "monyet" seketika di darjah 5 dan 6 akhirnya tidak kemana jua. it's useless.buuu~haha.


:: Kita tak boleh mengelak dari manyayangi seseorang. Namun yang kita mampu adalah mengawal diri kita. Why? Because, kita mampu! Insya Allah awak mampu.

:: Apa – apa pun, macam saya always cakap, just take it easy..yeah! :DD everything is simple.