Assalamualaikum temanku, seperti yang dijanjikan, hari ini aku akan berkongsi sedikit rencah dan perjalanan hidup yang pernah aku lalui. Mungkin bagimu ini tidak seberapa, namun bagiku inilah yang membuat aku lebih matang, lebih kuat, lebih memahami, lebih mengerti, lebih menghargai, lebih berhati – hati dan berwaspada.
Pertama sekali, aku benar – benar menitik beratkan apa itu erti cinta yang sebenarnya. Cinta itu sangat indah, cinta kepada sanak – saudaramu, cinta kepada seorang sahabat, dan yang paling berbisa iaitu cinta yang menjadi fitrah kita iaitu cinta kepada si adam. Sayang dan cinta itu fitrah kepada semua makhluk.Mungkin hatimu kini mula berbunga – bunga bila aku mula menyentuh tentang itu,yep! sabar dulu.~ Tiliklah hatimu teman, tilik dengan betul. Kadangkala apa yang kita rasai kini bukanlah CINTA, namun hanya sekadar keinginan untuk memiliki. Keinginan untuk memiliki ini mungkin muncul lantaran rupa, status hidup si dia yang mewah dan sebagainya. Cinta inilah yang membuat kamu berkeluh – kesah kini. Bimbang kesolehanmu hilang dan imanmu goyah. Bimbang hatimu tercemar dan sebagainya. Hati orang yang beriman memang akan sentiasa berasa kurang senang apabila ada anasir yang berlainan gender menusup ke kalbunya. Bertuahlah anda teman!
Putih (i) dan Putih (ii) di rumahku juga saling menyayangi. :) |
“Kecintaan kepada sesuatu bias membuat buta dan tuli” :: Riwayat Ahmad
Wah..lima huruf ini, c.i.n.t.a memang sangat berbisa. Di sebabkan pelbagai pendapat, rasa, kebahagiaan dan implikasi yang bakal muncul akibat cinta, maka terbitlah pelbagai istilah mengenainya.
Bagiku kita sebagai remaja mungkin kita bakal merasai salah satu daripada 50 istilah cinta ini iaitu (Al-‘Isyqu) cinta yang meluap – luap. Cinta yang meluap – luap ini bererti ketaajuban terhadap orang yang dicintai. Inilah yang membuat kamu merindu setiap hari, terlalu memikirkannya hingga mampu membuat binasa seperti merasa tertekan atau terlalu bahagia hingga lalai dari tanggungjawab. Bagi saya, biarlah kita besederhana sahaja kerana mungkin ketaajuban ini akan membawa kepada (Al – Wajdu) iaitu cinta yang berakhir dengan kesedihan, terutamanya apabila kita terpaksa meninggalkan atau ditinggalkan. Ini semua rahsia tuhan, siapa jodohmu sudah Allah tentukan ketika kamu masih di rahim bondamu lagi. Jadi jagalah hak si dia yang sudah tertulis di Luh Mahfuz sana itu.
Sekali lagi, daku berpesan teman, besederhanalah sentiasa selagi belum mendapat kepastian bahawa si dia adalah untukmu. Jangan terlalu yakin dengan orang di sini (kini) kerana Allah Maha Berkuasa.
Oke, sudah penat berskema dan serius..hee. Itu sekadar mukaddimah dari seorang pemantun. :D. Sekarang saya akan mula berkongsi dengan awak. Along saya selalu berpesan, lelaki yang baik tidak akan meluahkan rasa sayangnya tanpa ada sebarang perantara. Jika benar lelaki itu inginkan kamu yang sangat berharga, InsyaAllah, dia akan datang untuk memetikmu sebagai srikandi yang halal buatmu nanti. Dia akan berusaha untuk jaga hatinya dan jaga hati kamu.
Daku sentiasa meluangkan masa untuk bercerita segala rahsia cinta di diari Bear2~ |
Bayangkan betapa indahnya jika dia meluahkan keinginan untuk memiliki kita kepada kedua ibu bapa kita terlebih dahulu (tanpa pengetahuan kita) MasyaAllah, daku benar inginkan zauj yang mempunyai agama dan peribadi yang tinggi serta menghormati perempuan seadanya. Awak juga ada memberitahu saya, awak tidak sampai hati untuk meng”ignore”kan dia kerana tidak mahu dia merana. Ya, kita sebagai perempuan memang mempunyai hati yang sangat lembut, tidak pernah menyalahkan awak. :) tetapi percayalah..ayah saya pernah berpesan.
“Lelaki nie, kalu dia tak dapat Kak Cik dengan plan A, dia akan tukar gi plan B, kalu dia tok buleh lagi, dia akan usaha plan C.”
See? Kalau dia betul – betul inginkan kamu, dia akan berusaha sampai dapat. So kita tak perlu ada istilah kasihan atau tak sampai hati.
Coretan hati~suatu ketika dulu. |
Oke, tak perlulah berbasi – basi lagi. . Dulu dan di KISAS pun kan..saya bukanlah seorang yang sosial, saya biasa-biasa saja. Dulu, saya seorang yang fokus pada pelajaran dan saya perlu dapat apa yang saya inginkan. 9A! Namun saya sangat mudah terpengaruh dengan orang sekeliling, semakin ramai teman berganti, semakin hotstuff la kan.So I just join them, pada saya as long as I dapat the first place in my batch, suka hati la nak kapel ke ape ke [sempitnya fikiran ketika itu]. Ada suatu ketika sedang saya berborak riang dengan teman – teman, guru disiplin sekolah tiba - tiba memanggil saya untuk dikaunseling sedikit disebabkan saya terlalu “aktif”.huhu.
“Awak pelajar harapan, sepatutnya awak tidak perlu terlibat dengan hal yang tak elok ni. AWAK HARAPAN SEKOLAH.”
AHH..saya rasa malu yang teramat dan rasa sangat bersalah. Awak, saya juga pernah kantoi~aduhh. Nasib baik Thirah, Ya dan Tiqah membantu dan for sure Allah. Saya save hari itu dari punishment or what we call ek, merit system, but parents saya tahu dan memberi first and last warning. Sangat memalukan. Saya tidak lagi mahu membuka aib dan pekung di dada.
Itu kisah silam. Alhamdulillah, saya ke Kolej Islam sebenarnya satu pelarian dari satu hidup yang saya rasa mengaibkan kerana salah saya sendiri. Namun saya sangat berterima kasih kepada cikgu - cikgu dari SYP1 dan Kolej Islam sendiri yang sangat banyak mencurahkan ilmu dan kata nasihat kepada saya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa – jasa cikgu. Saya berasa sedikit lega apabila sahabat saya selalu mengingatkan saya, selangkah kita berubah, selangkah kita meninggalkan segala keburukan..Allah pandang itu semua! Seriously, kisah saya yang secebis tu takdelah seram pun, kerana kita bercerita haruslah berpada kerana bimbang daripada niat awal ingin memberi teladan – auto rotation membawa kepada mengaibkan diri sendiri a.k.a membuka pekung di dada.
Penat berleter panjang~ konklusi ni khas untuk awak. Maybe orang tak faham apa yang saya cuba sampaikan nie but saya tahu awak faham sebab ini saya tujukan untuk awak.
::Semua orang ada baik buruknya..ada kisah tersendiri. Awak tak perlulah terlalu tertekan kerana Allah Maha Pengampun. :)
:: Tak perlulah bersusah – susah memikirkan jodoh kita. Mengikut satu buku yang saya baca, jodoh kita dekat je sebenarnya. Contoh, awak sendiri tahu, dulu saya beria inginkan orang jauh itu. Sekarang tup2..orang yang balik bersama dengan kita selama 8 jam Klang – Kota Bharu itu juga yang saya hargai. Orang yang selama ini tak pernah saya sedari kehadiran dia~
::Kita masih muda, aulakan apa yang utama, mungkin awak sudah mula berfikir untuk mempunyai keluarga, tapi ingat. – untuk memiliki keluarga yang sempurna rohani jasmani, dunia akhirat, kita perlukan ilmu, ilmu di dada untuk mendidik. Ilmu di sekeping ijazah untuk meneroka rezeki di alam ini. So, study first taw, berbakti pada kedua ibu bapa kita dulu. :D
:: Kita tak boleh mengelak dari manyayangi seseorang. Namun yang kita mampu adalah mengawal diri kita. Why? Because, kita mampu! Insya Allah awak mampu.
:: Apa – apa pun, macam saya always cakap, just take it easy..yeah! :DD everything is simple.
1 comment:
amboi dek ning (!)
part gambar yg tak tahan ceria semacam tu ;D
nanti zauj awak baca satu hari nanti, jelez karang (:
yeah, take it easy (!) believe with Allah always.
Post a Comment