Puisi .. dunia puisi itu indah. Dengan berpuisi, seolah – olah aku mampu hidup dalam satu dunia yang lain. Satu dunia yang aku impikan sedari kecil. Dunia yang hanya penuh dengan keindahan..kedamaian.~tiada kesakitan, tiada kelukaan..
Angin dan Debu
cinta adalah hidup
rindu adalah mati.
cinta itu bait-bait syair yang mengalir
rentaknya akur pada denyut hayat
adakalanya membuak dari luka pedih
amuknya menggempa pada bumi
memetir pada langit
hangat seperti lahar api
benderang seperti matahari.
rindu itu lukisan yang sudah kering tinta
melakar pada kanvas masa
renungan mata sedalam lautan
awan kelabu terus abadi memendam hujan
selama-lamanya kaku dan bisu
diam seperti gunung-ganang
dingin seperti cahaya bulan.
cinta tanpa rindu
padang pasir meribut tanpa wadi
rindu yang tidak pernah dikunjung cinta
adalah salji kutub utara
menanam kisah dari kurun berjuta
hidup jadi bererti
kerana adanya mati
cinta jadi manis dan wangi
diperam waktu
dalam tempayan rindu.
cinta memberi nadi
hingga lukisan mula menari
rindu memberi wajah
sampai syair terukir jadi potret indah
ketika tiba waktunya bertemu
kewujudan dua menjadi satu
bertukarlah mati menjadi angin
dan hidup menjadi debu
rindu adalah mati.
cinta itu bait-bait syair yang mengalir
rentaknya akur pada denyut hayat
adakalanya membuak dari luka pedih
amuknya menggempa pada bumi
memetir pada langit
hangat seperti lahar api
benderang seperti matahari.
rindu itu lukisan yang sudah kering tinta
melakar pada kanvas masa
renungan mata sedalam lautan
awan kelabu terus abadi memendam hujan
selama-lamanya kaku dan bisu
diam seperti gunung-ganang
dingin seperti cahaya bulan.
cinta tanpa rindu
padang pasir meribut tanpa wadi
rindu yang tidak pernah dikunjung cinta
adalah salji kutub utara
menanam kisah dari kurun berjuta
hidup jadi bererti
kerana adanya mati
cinta jadi manis dan wangi
diperam waktu
dalam tempayan rindu.
cinta memberi nadi
hingga lukisan mula menari
rindu memberi wajah
sampai syair terukir jadi potret indah
ketika tiba waktunya bertemu
kewujudan dua menjadi satu
bertukarlah mati menjadi angin
dan hidup menjadi debu
Original : Dr. Adibah..
for me, this poem sangat bermakna. Kata – kata puitis ini sedia menemani file ku sepanjang waktu untuk menghadapi SPM..Bersama – sama Kakde mendeklamasi dengan penuh perasaan di 506..Haha-!-
Hangat seperti lahar api..benderang seperti matahari~ |
Kamu juga - andai masih dikau simpan.. Sedikit ilham dari puisi ini ku curi dengan penuh harapan..agar sampai pesanku padamu. Segalanya masihku ingat..segalanya masih segar, Kau membuat aku lebih sabar, memahami erti jihad dan pengorbanan keranaku tahu Indahnya Kenangan~
No comments:
Post a Comment