Wednesday 16 May 2012

Hari Guru..buat aku rindu~dan terus rindu..


 Bismillahirrahmanirrahim..

Tak sangka..sungguh aku tak sangka. Rupanya sudah lama aku bergelumang dan berhempas pulas dalam zaman persekolah. Bermula dari Tabika Kemas Kuala Nal, Sekolah Kebangsaan Kuala Nal, SMK Sultan Yahya Petra 1 dan seterusnya Kolej Islam. Ya, dari dulu hingga kini aku sangat hormat, sangat menyayangi dan memandang tinggi semua pendidikku. Dari aku langsung tidak mengetahui A,B,C hinggalah aku mengetahui segala reaksi tindak balas kimia, fizik, biologi…tak kurangnya ilmu agama. Satu yang aku sentiasa lihat pada sudut mata guru – guruku ialah satu keikhlasan dan desire untuk memberikan yang terbaik buat pelajarnya. Mereka ingin melahirkan seorang “manusia”..itulah matlamat mereka. Sekali kita menceburi bidang perguruan..satu yang kita perlukan adalah BERKORBAN. Benar kata seorang sahabatku..

Cikgu ini memang tinggi darjatnya..sekali dia digelar cikgu..hingga akhirnya hanyatnya, namanya tetap segar di bibir – bibir masyarakat. Jasanya tetap dikenang, namanya tetap tepatri..

1999 :

Aku masih ingat..ketika di Tadika dulu, cikguku tak pernah lelah melayan kerenahku.   
Ketika aku menangis kerana helaian bukuku terkoyak. Menangis..cikguku yang memujuk. 
Ye, masih aku ingat..penuh lemah lembut mengusap airmata yang jatuh. 
Ketika aku dan rakan merengek lapar bukan pada waktu makan yang sepatutnya, Cikgu Ti tetap melayan.hee.
 Aku rindu saat melompat – lompat di atas tilam bersama rakan – rakan di Tadika dulu. 
Rindu berkongsi susu di gelas yang sama. Rindu, rindu dan terus rindu. 
Rindu berjalan dengan sahabatku..-dari rumah pengasuhku(babysitter) ke tadika hanyalah 5 minit berjalan. Aku juga rindu ketika ayah..yang juga cikguku menghantarku hingga ke pintu tadika setiap hari..menyisir rambutku sekali lagi sebelum melangkah ke tamanku itu.hee. 
Kadangkala rakanku meluahkan rasa jelez mereka apabila melihat ayahku yang begitu caring.cehh.hik3. Aku rindu.. = =' Skemanya Ning dengan baju tadika berwarna biru dengan corak petak - petak di hujung lengan..tapi cumell. Cung gitu.haha~

Setiap kali tiba buku baru~
 Guruku menulis “Adnin” di papan putih,
Macam ini nak eja nama awak..
Aku yang tidak berpuas hati terus bertanya…
”Cikgu, nak eja nama ayah macamane?” -ini namanya mengadeee-!-hehehe
Cikgu tanpa lelah menulis..”Abdullah” ini nama bapa awak.
Bayangkan, betapa gigihnya cikgu melayan kerenah berpuluh – puluh anak kecil yang merengek – rengek ingin belajar mengeja nama seperti aku ini.Haha. Setiap hari sehinggalah kami pro~

2000 :

Aku mula melangkah ke darjah satu ketika berusia 6 tahun. 
Kiranya aku berada di darjah satu selama dua tahu.HAHA. 
Markahku ketika tahun kedua darjah satu melebihi jauh orang lain. Aku gembira dengan cikgu – cikguku.
Cikgu Noraini mengajarku A,B,C,D,E,F…kemudian terus belajar mengarang dengan cikgu Haslinah. Gembira mula mengenal snail itu siput, frog itu katak, cat itu meow2 and many more.haha. Melukis dengan tekun di meja sehingga tak sedar loceng rehat sudah berbunyi~ lalu menunjuk2 lukisan lawa itu pada saeng2.haha

Darjah berape ye?hee.~maaf saya skema. :)


 Belajar matematik dengan ayah sendiri. Wahh3..peraturan ketat. Di sekolah aku tak dibenarkan memanggil ayah sebagai ayah. Mesti memanggilnya “Cikguu ..” hehe. Kadang – kadang tersasur memanggil Yahhh..!!haha.  

Aku sayang guru – guru aku. Aku sentiasa doakan mereka dirahmati..dan yang sudah dipanggil mengadapNya..doaku moga kalian beserta dalam orang – orang beriman.
Aku masih ingat pengalaman memasak bersama rakan – rakan di bilik guru. Berebut – rebut membantu guru. Siapa cepat, dia dapat, siapa dapat dia cikgu sayang.haha. *jus kidding Alhamdulillah..terima kasih cikgu kerana mendidik saya. Akademik, agama dan sahsiah. 5A itu mungkin tidak seberapa untuk dibandingkan dengan jasa kalian namun itulah hadiahku untuk kalian beserta doa – doa.~

2007 :

Aku mula melangkah ke alam remaja.hoho.
Di sini banyak dugaan. 
Cikgu, terima kasih kerana terus memberi saya tunjuk ajar untuk menjadi perempuan, pelajar dan hamba Allah yang baik. Terima kasih kerana masih memaafkan saya ketika saya terr..melakukan sebarang kesalahan. Terima kasih kerana membantu tatkala daku kesusahan. :’( 
Impian saya mendapat 9A juga akhirnya menjadi realiti berkat tunjuk ajar cikgu2..sekali lagi.. terima kasih. :) Bohot2 syukria.hak3

Jamuan kelas akhir tahun 2008~Cikgu Zahari.  Harap menjadi hottest stuff dalam geng-!-haha


2010 :

Sedih..bila terpaksa meninggalkan cikgu – cikguku di SMK Sultan Yahya Petra 1 (bakal SBT InsyaAllah) heww3.

Ponteng di tangga~haha, tipu jek.

Aku rindu Cikgu Ku Lina..Cikgu Kama dan cikgu – cikgu lain. Airmata mencurah – curah saat terpaksa meninggalkan mereka. Mereka menasihati aku supaya membuat pilihan yang terbaik. Ye, memang ke Kolej Islam pilihan yang terbaik. :D

Aku mula sedar..dulu memang dah sedar. Tapi sekarang lebih sedar tingginya darjat seorang guru. :D
Dan aku pernah bercita – cita untuk menjadi seorang guru namun ketentuan Allah hanya Dia yang mengetahui mana yang terbaik. Allah bagi kita satu nikmat kebijaksanaan..maka sepatutnya kita gunakan untuk memberikan bakti terhadap orang lain. :D


Apabila melihat slip peperiksaan SPM ku. Terkenang sekali guru – guru yang tak mengenal erti lelah membuat kelas, malam..pagi.. sungguh aku kagum dan hargai. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan cikgu tetap datang mendidik kami dengan penuh semangat. Walaupun ada di antara kami yang tertido..huhuhu.
Teringat sebelum SPM seolah – olah cikgu yang bakal menduduki peperiksaan juga. Memberi bahan secukupnya..sehingga kami rasa terjaga dan bersedia. Saya sedia-!- Saya sedia-!- *copy from Spongebob.hee. terima kasih cikgu,

Alhamdulillah A'la kulli hal..Terima kasih cikgu. :')


“Jika boleh, biarlah cikgu yang masuk ke dewan menjawab soalan bagi 306 pelajar tingkatan 5 ini..tapi the problem is tak boleh..:D” 
~kata - kata yang tetapku ingat.hak3

No comments: