Saturday, 7 July 2012

Tibanya hati disentuh..~


Bismillahirahmanirrahim..

.::Salam dari Adnin salam dari jannah ::.

                Di saat entry ini ditulis, hati kala ini cukup2 sebak, cukup2 terharu. Once in a lifetime airmataku menitik tatkala membaca blog seseorang yang sangat aku kagumi, hormati, tanpa kamu sedari. Kamu ada segalaya, rupa, ilmu, akhlak dan agama.. Ya Allah, terima kasih kerana mempertemukan aku dengan seorang ini. Entrynya seolah - olah bertepatan dengan keadaanku kini. Keadaan aku dengan dia, kamu dan mereka. Semuanya.

Kamu menegur penuh hemah, hingga hati yang keras seperti batu ini mampu mencair seolah – olah ais yang hangat dibahang api.. tak sangka hatimu semulia itu. Makin tinggi pandanganku, makin tinggi rasa maluku padamu.. aku malu tatkala aku bergelak tawa melebihi batasnya di depan kamu, aku malu apabila melakukan sesuatu yang mampu merendahkan martabat kaum hawa, aku malu apabila kadangkala aku tak mampu menjaga ain anugerah Allah ini. Aku malu, namun aku tahu setiap orang mampu berubah andai datang hidayah dariNya, hidayah perlu dicari bukan dinanti. Alhamdulillah, cukup tersentuh membaca secebis ayat ini, “Setiap orang adalah da’ie” aku tahu ini, aku tahu. Namun lumrah kita perlu selalu ingat mengingati. Aku mula sedar satu tanggungjawab yang telah aku terlepas pandang, yang tercicir dari bahuku ini. Aku sebagai muslim perlu melaksana tugas sebagai da’ie ini. 

Kitab Allah sentiasa ada jawapan bagi setiap kesedihan dan masalah..


Namun yang lebih menyedihkan atma kecil ini, aku dapat rasakan aku sama – sama hanyut dengan keadaan sekelilingku. Hanyut dengan segala keseronokkan yang tersergam indah di depan mata. Tudung yang dahulunya jatuh menutup bahu seolah – olah, semakin senteng. Pendengaran yang dijaga sebelum ini seolah dihidang dengan kemanisan irama – irama yang mampu membawa hati keawang – awangan sentiasa..lupa padaNya..seolah - olah lebih mengejar ciptaanNya. segalanya ibarat semakin menjauh dariNya.. Ya Allah, jadikanlah hari ini sentiasa lebih baik dari semalam.. masa depan lebih terjamin dari masa lampau. Maafkan aku sahabat jika aku sama hanyut dibawa arus yang sama kita redahi ini. Aku perlu cuba mencari jalan, wasilah yang lurus..untuk sama – sama membawa kita ke daratan. Jika tak mampu ku bawamu ke tanah landai..biarlah sama – sama kita mendarat di pulau. Bina hidup bahagia di sana cuba menjadikan pulau kontang itu sebagai satu taman..taman yang akan menjadi landasan buat kita ke syurga. :) InsyaAllah. 

 Biar sama kita membina pulau ke syurga ~


Sifat diri yang selalu menyakitkan dan melukakan orang terdekat, maka maafkanlah. Permintaan yang berlebih – lebih dari diri ini, maka maafkanlah. Kata – kata yang mungkin sedikit terkasar tatkala diri dihempap amarah, maka maafkanlah. Di kala diri tidak menghargai segala pengorbanan kamu, maafkanlah. Seorang insan takkan pernah lekang dari kekurangan. Jika kerana aku seorang teman itu disergah kata - kata kurang enak, maka maafkanlah. Maka penerimaan zahir, rohani dan dalaman sangat diperlukan dalam mengharungi segalanya.

Berikan yang terbaik insyaALLAH yang terbaik akan dikirimkan untukmu.

Andai aku mampu mengukir persoalan ini pada kamu..layakkah aku yang serba kekurangan ini menjadi da’ie dan contoh kepada orang lain? Aku berbeza dari kamu, sangat berbeza. Luaran dan dalaman. Maka aku harap Allah membimbing aku moga – moga aku terus kuat. :) Amin InsyaAllah. Terima kasih di atas warkah  - warkah mayamu yang sampai kepadaku tanpa dikirimkan khas untukku. Sungguh indah karyanya, sungguh cantik isinya, sungguh berharga baitnya.. Alhamdulillh masih ada kamu untuk menyedarkan aku. Terima kasih kepadaNya Al Hafiz yang mengirimkan Pemelihara itu..

No comments: