Pagi ini seawal 9 ++ aku sudah menerima panggilan dari Nana. Mendapat invitation untuk ke kelas sejam lebih awal…wahhh. Why? Kerana hajat untuk men”fotostat” nota komputer1 yang sudah lama bertangguh itu perlu segera diselesaikan. Kami tak mahu ada hutang dengan diri sendiri. Yepp! Aku sangat berharapkan masa yang lapang dan penuh berkat untuk self study, sedih jika hariku terlalu fix dengan jadual. I know itu benda yang baik, but I need time for myself. :)
Hari ini hari yang bertemakan kuning. Aku tengok ramai sungguh gadis – gadis comel lotey yang akan nampak sangat attractive dan menarik bile mengenakan kaler2 cerah di susuk badan mereka etc kuning merah pink and so on. Jadi aku pun memberanikan diri mengenakan baju biru laut berjaluran kuning, dipasangkan dengan tudung bawal kuning dan stoking kuning. Yeppp skali lagi!hehe.
kuning? |
malula i..haha. Paah nip! |
Seusai mencopy nota comp1 tadi, aku dan Nana terus ke SMAWP2 untuk pergi terus ke kelas BTQ kitaorang. Melangkah penat berpuluh – puluh anak tangga, akhirnya sampai jua ke destinasi yang ditunggu – tunggu, opss kelas kami masih diisi dengan group lain, belum habis sesi mereka agaknya. Aku dan Nana yang teralu awal.hihi. Punctual itu penting. Date dengan ilmu, perlu bergegas2 untuk mengejarnya, sentiasa di hadapan, itu adabnya. :) sahabat – sahabat kumpulan aku juga rupanya sudah ramai yang menunggu. Laju kami, laju lagi demo.huhu.
Madi yang comey jetakk :) |
*saat yang mengexitedkan.. when Atin told us yang kelas chem petang ini cancel. So kitaorang just ada BTQ sahaja untuk hari ini. Aku ulang lagi..BTQ SAHAJA.haha. Alhamdulillahh..Allah mendengar jerih hati ini..i need time for myself. Bersama rasa syukur yang membuak – buak, aku terus teringat satu hadis yang menjadi sajian bagi subjek pendidikan islam dan syariah, sejak form1 hingga form5.
Kata Nabi: “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari).
Ya Allah, alangkah indahnya masa lapang itu andainya mampuku isi dengan perkara yang bermanfaat, yang mendekatkan aku padamu, yang menjadikan setiap saat yang mengalir lebih berharga dari emas permata. Lapangnya masa bersama kesihatan yang baik, bersama orang – orang yang sentiasa menyokong merupakan satu nikmat yang cukup2 hebat. Nikmat inilah yang sering dilupakan. Sihat dan masa lapang. Apabila diri dihimpit kesibukan, diuji dengan kesakitan seperti aku yang kini mula sakit – sakit muda akibat terminum air water cooler *elergic – membuat aku mula menghargai masa sihat. Namun always think positive, sekecil manapun sakit yang dirasai anak adam itu, akan hilanglah dosa – dosa mereka. Alhamdulillah ala kulli hal. Alhamdulillah dan alhamdulillah. :)
Disebabkan keletihan yang memuncak..*wahh ayat power.hik3. Doa dari sahabatkulah yang membuat aku sangat tersentuh apabila mendengar bait – bait ini dari bibirnya.. “Ya Allah, jadikanlah rehatku sebagai ibadah, setiap perbuatanku ibadah, makan dan minumku ibadah…~” Alangkah beruntungnya jika setiap gerak geri kita dikira sebagai ibadah olehNya, catatan pahala sentiasa bergerak seolah – olah berputarnya bumi pada paksinya. Tiada pernah berhenti. :) Subhanallah. Aku berharap segala penat yang ku dan sahabat – sahabat rasai setiap hari bersama rahmat dan redhaNya. Aku sentiasa yakin orang yang berusaha takkan pernah rugi. TAKKAN PERNAH ! jadi sahabat yang mula terdetik rasa putus asa atau malas, La tahzan sodiqati~ as what u give u get back.
Budak cantik :D |
Then aku melihat sahabat – sahabat tekun membuat halaqah berbincang tutorial chem, aku pun berjoin sekali. Sekadar melihat mereka bercerita.
Ilham berspeech.muahaha |
~ seronok belaja BTQ, seolah – olah membuka mata ini … dapat melihat kebesaran Allah dengan lebih yakin dan taajub. Subhanallah.. Contohnya tadi, ustaz bercerita.
Daripada surah Luqman (31:34)
Verily only Allah has the knowledge of the hour (of the end of this life and the beginning of another life), it is he, who sends down rain, and he who knows what is in the womb, no soul kows what he will earn tomorrow, and no soul knows in what land he is to die. Verily with Allah is full knowledge and He is acquainted (with all things)~
Sebagai contohnya, “He who knows what is in the womb” yupp. Katanya kini ada ultrasound untuk melihat pergerakan bayi, tumbesarannya di dalam rahim. Saat ibu menittiskan airmata, si bapa tersenyum syukur melihat cahaya mata yang dinanti membesar dengan selamat dan sihat di dalam rahim ibunya. Namun, hanya Allah yang mengetahui, ajal si bayi, rezekinya di seluruh pelosok bumi, syurga atau neraka yang bakal dijejaki dan zauj atau zaujah yang telah sedia menanti. :) subhanallah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekian Wallahualam.
i"LM di hati :) |
Teringat kata Ustaz : selalu orang berkata “Ada apa pada nama..” memang ada sesuatu pada nama! Sebagai contoh, individu yang belum berkahwin sudah mula berfikir – fikir, berimpi – impi nama si anak nanti kerana nama itu suatu yang bermakna, penting dan something significant! "
No comments:
Post a Comment