Wednesday, 4 June 2014

Puisi : Cerita Kita

Cerita Kita

Aku suka bila kau cerita,
Bagaimana masa depan kita,
Ada rumah ada kereta,
Ada taman untuk aku tanam bunga,
Ada kolam kecil untuk anak - anak kita,
Katamu biar tak mewah asal kita bahagia.

Aku gembira bila kita jalan sama, 
Minum air di warung jalanan yang sederhana,
Kadang lapang ku teman kau beli kemeja, 
Hajatnya nak dipakai ke kuliah esok atau lusa,
Tak terlalu mahal kerana kau suka yang biasa saja.

Aku senyum bila terkenang,
Pertama kali kita naik mainan terbang,
Aku takut tinggi tapi kau bilang jangan,
Petang itu kau ceria bukan kepalang,
Katamu denganku kau rasa senang.

Tapi sekarang aku bersedih hati, 
Sebab dulu kita rancang itu dan ini,
Tapi tak sempat aku nak tunai janji,
Sebab rencah hidup tak semuanya akan menjadi.

Ilham asal : Adnin Durrah

Yang manis itu rindu, yang indah itu cinta

..Bila duk sorang - sorang, memang hati ni tak habis nak berpuitis. Aku suka perati jek gelagat semua manusia sekarang, macam –macam ragam dan kisah. Then, diaorang akan jadi sumber ilham untuk puisi aku. Kita tak perlukan harta atau wang untuk bahagia sebenarnya.. Cukuplah ada keluarga yang memahami dan kita sendiri ni kena belajar menghargai semua detik - detik indah dalam hidup. Yang baik jadikan kenangan, yang pahit jadikan tauladan. Dan lumrah manusia itu suka mengukir janji namun sering juga lupa janji. Aku tak suka menggunakan istilah mungkir janji kerana aku diajar untuk sentiasa berbaik sangka, dengan Allah dan juga dengan manusia... dan kadangkala Allah tarik sesuatu daripada kita, sebab Dia nak bagi kita ruang untuk terima hadiah yang lagi baik! In shaa Allah.


Nota kaki : Sejauh mana pun kita pergi..kita takkan dapat manusia yang sempurna daripada kekurangan.

Tuesday, 3 June 2014

Bila cuti datang lagi!

Bila habis CFS ni, Alhamdulillah la dapat merasa cuti 3 bulan. Rezeki tuhan jangan ditolak. hihihi. Tapi biasalah kalau asyik rest je boring jugak. Makanya, otak aku pun berputar ligat untuk fikir macamana la nak jadikan cuti aku ni berkualiti. Rutin aku memang setiap hari memasak untuk family, my pleasure, my hobby. Masaklah benda paling aku minat tahap dewa, dulu nak mintak kulinari tapi tak jadi. Kadang- kadang ada je nak try masak macam – macam, nasi kerabulah, nasi ayamlah, nasi lemaklah. Aku kalau buat apa – apa memang suka perfect. Bila buat nasi kerabu, makanya kenalah cukup lengkap semua bahan, jenuh umi cari telur masin yang tak ada jual kat kedai runcit area kampung ni.

Nasi kerabu Ciknin. Sedap gitu semua ada!

Petang – petang pulak, ada je benda manis yang aku buat, buburlah, pudding lah, kuih keria lah, macam- macam. Harini tangan ni gatal pulak try buat bubur butir nangka. Selalunya time ramadhan memang pemes. Sampai family tergelak- gelak tuduh aku mahu men’tong’kan diaorang..haha.
So, untuk mengisi cuti ni.. aku pun niagalah kecil – kecilan. Jual kek batik kat budak-budak sekolah. Kadang – kadang tempahan keychain pun aku terima. Kononnyelah, aku niat nak kumpul duit banyak-banyak untuk kawin..padahai, calon entah kemana – mana.wakaka. Bajet ajelah kan.. Tak salah berimpian. Lagipun dekat uni dulu, aku berniaga kecil – kecilan juga, berniaga tudung and kerepek gitu. Adalah juga duit yang masok walaupun kadang – kadang rugi sebab kena curi. Memang tak habis fikir aku, kerepek pun nak curi.haha.Bila orang curi tu, aku positif jela. Bukan rezeki aku.

Bubur butir nangka ciptaan aku.muahaha.

Next plan aku pulak, nak kerja dekat satu pasaraya yang baru buka kat kampung ni.. Pasaraya Jaya Gading. Gaji rm900 sebulan, mashukk jugak tuh bolehla nak upgrade phone ke, beli baju baru ke. Baru je nak isi borang, tiba – tiba aku rasa tak nak pulak sia – siakan masa dengan keluarga cuti ni. So, cancella hajat hati tu. Lagipun kerja tu dalam bulan Ramadhan, macam sayang nak lepaskan ramadhan tahun ni, dahla dengan family. Aku rasa fikiran aku  ni agak waras dan logic.hee. Fuhh. Nampak 900 melayangg.haha.

“ Masa dengan keluarga lebih bernilai daripada wang ringgit”

Aku percaya rezeki Allah tu luas dan ada di mana – mana. Lepas ni mudah – mudahan Allah bagi aku jalan nak kembangkan peniagaan aku. Rasanya aku nak tambah menu niaga pudding jagung ngan triffle. Harap – harap kanak – kanak suka!

Nota kaki : Istiqamah solat Dhuha, rezekimu takkan putus dan akan sentiasa rasa mencukupi !