Bismillah..
Setelah dua tahun Ciknin berdiam diri, yang mana entry
terakhir bertarikh 29 September 2012, akhirnya terbuka kembali hati untuk
mencoret tinta hidup. Meh kita tiup, fuhhh..! bertebaran debu di udara sebab kitab dah dua
tahun tak sentuh.hehe.
SubhanaAllah, cepat masa berlalu dan banyak sungguh
perubahan hidup yang berlaku. Ciknin akhirnya dah tamatkan pengajian di Pusat
Asasi UIA dengan CGPA tettttt..hihi. Insan biasa ini bukanlah jenis genius yang
sedut je semua di dalam kelas tup – tup exam dapat A, kuiz fullmark. Kita biasa
– biasa je.hee~ Btw, sekarang dah umur 20 tahun uolls. Bangga gila tuuhhh, tapi
senior yang umur lebih tinggi pandang sebelah mata jer kot dengan kebanggaan aku
tuh.haha.
#throwback.Posing gadis 20-an gitu..kikiki. |
Kaklong aku pun dah mula kerja, daripada H.O dah jadi M.O and dah start fikir pun untuk sambung master. Angahku pula, setahun lagi maka tamatlah pengajian dia kat UIA tu. Adik bongsuku pun dah mula ke alam remaja. Mungkin alam sekolah menengah lebih mencabar dari sekolah rendah, namun semua itu akan menjadi satu kenangan indah di masa depan. Rumah baru pun dah siap. Alhamdulillah a'la kulli hal.
Sekarang hanya tunggu exam MUET je 23 Jun ni iaitu speaking test dan 5 July ni exam bertulis. Takut tu takut tapi malas nak fikir sangat. Macam biasa jelah, usaha, doa dan tawakal.
Nota kaki : Everything will be okay, i promise.