Sunday, 1 June 2014

Putus kasih? Restart kembali hidupmu.

Dua tahun yang berlalu ni.. aku rasa sangat tough bagi seorang yang baru menginjak alam dewasa macam aku ni. Banyak duri yang dipijak, banyak juga jalan yang aku salah redah, terlalu banyak. Sedih hanya Allah yang tahu tetapi satu je yang aku nak semua orang tahu, aku tak pernah sesal dengan apa yang terjadi. Hanya orang terdekat sahaja yang melihat betapa rumitnya teater hidupku.

Rahsianya hanya doa. Doa :)

Pemain – pemainnya di import dari pelbagai tempat dan masa. Tuhan datangkan orang yang pelbagai ragam, dari pelbagai jarak masa untuk mengujiku. Keputusannya, untuk bilang aku gagal, aku tak sanggup dan untuk bilang aku berjaya dalam ujian tu, jauh sekali rasanya. Moga Allah kasihan padaku dan beri aku lulus dalam ujian ini. Kronologinya tak mampu untuk aku ceritakan walaupun kepada ahli keluargaku. Hingga kini kekecohan ini ku pendam sendiri.

Sulit, bila melibatkan hati dan perasaan tiga pihak, lebih getir bila kematian juga mengambil tempat dalam sketsaku. Pedihnya disiat - siat bila terkena ayat guna – guna dari orang yang disayangi hingga otak mula tidak ingat dunia, badan sudah hilang seribu tenaga. Amat melemaskan aku dengan air mata bila Negara Mesir mula tidak aman, pembunuhan di sana sini, darah berpercikkan hingga sahabatku yang ingin ke dewan peperiksaan harus melalui bekas – bekas darah gara – gara kepala gadis Arab ditembusi peluru.

Semua ini berlaku sepantas kilat dalam hidup seharianku selama dua tahun ini, yang akhirnya aku ditinggal sendirian. Dua pihak lagi akhirnya memutuskan untuk mencari jalan hidup masing – masing. 
Kata Si A, kau dan aku tidak serasi lagi.
Kata si B, yakinlah kau akan menemui putera hidupmu yang sebenar suatu hari nanti. 
Begitulah cara dua lelaki pengecut dalam hidupku melepaskan diri mereka yang akhirnya membuat aku seperti pengemis yang compang – camping di tepi jalan.


Memang tak mudah.. namun kita cuba.

Bukan niatku untuk menjaja cerita, namun ku coret ini supaya aku ini menjadi Melayu yang tidak lupa. Ya, memang aku takkan lupa. Mungkin rosaknya semua ini tak mampu ku baiki lagi, namun pelangi masih tetap ada, sungai yang jernih masih mengalir, bulan dan bintang masih indah di langit. Itu bermakna peluang di depan masih tetap ada, dan ku mohon pada diriku, moga segala dosa hari ini  takkan berulang lagi. Moga segala lumpur semalam tidak terpalit lagi.

Bagi insan yang terluka di luar sana, ubatilah hatimu dengan kembali padaNya. Mungkin selama ini kita sudah terlalu jauh hingga tuhan terpaksa menggunakan cara yang sedikit tough pada kita agar kita pulang kembali ke pangkuanNya. Dalam masa mengubat hati yang lara ini, ku banyakkan membaca kisah- kisah motivasi, ku banyakkan berdoa padanya dan berserah. Selepas solat, bacalah Yaasin atau Al Kahfi kerana aku pernah terdengar kiranya ingin keluar dari sebarang beban hati atau kesedihan, Al Kahfi juga mampu menjadi wadahnya kerana surah itu sendiri mengisahkan jalan keluar dari gua selama beratus tahun.

Senyumlah diri.. Jadikan semua yang berlaku sebagai pengajaran. Jangan biarkan kekesalan itu berlaku tanpa sebarang untung kepada kita. Bagiku hidup ini umpama urus niaga, kalau tak pandai ambil untung, maka kita akan rugi di akhirat kelak. Kalau kita rasa hidup kita sudah banyak virusnya, jom kita format balik dan restart kembali kehidupan ini. Apa guna hari esok dicipta untuk kita kalau kita tak mampu berubah menjadi lebih baik. Kebahagiaan perlu dicari, dan mulai hari ini, berhentilah meletakkan pergantungan kebahagiaan kita kepada orang lain, melainkan Allah S.WT. Percayalah, seberat manapun konflik cinta yang kita hadapi, pasti akan ada yang lebih besar ujiannya. Carilah, telusilah apa juga hikmah yang mampu kita ambil dari masalah kita, pasti akan ada walaupun hanya sekecil zarah.

Doa buat ubat hati yang luka. Amalkan. InsyaAllah :)

Sebagai muslimah yang memegang konsep berserah, redha dan tawakal, serah semuanya pada Allah, baiki diri dan tunggulah janjiNya, at toyyibat lil at toyyibun. Tak semestinya bila kita rindukan seseorang, kita perlu merayu kasih darinya, meminta untuk diterima. Just keep calm and believe that Allah will make everything beautiful at the right place, at the right time, for the best reason. Always have faith in Allah. Trust Allah.  Jom restart balik!

"For every problem
Under the sun
There is a solution
Or there is none
If there is a solution
Go and find it
If there isn’t
Never mind it”

No comments: