Sunday 4 March 2012

Kau yang Terluka


Tanyakan pada sang rama – rama,
Apa erti kasih?
…jawab sang rama – rama
“Kasih itu harum.. seharum bunga kembang menguntum
Menyemarak rindu sedang meranum..”
…lantas kau balas
“Kembang bunga serinya sementara, layu kekeringan ia akhirnya,
Lalu gugur reput di bumi, tiada siapa sudi peduli seperti diri yang kini dilupai..”

Tanyakan pada bayu pagi,
Apa erti cinta?
…jawab sang bayu
“Cinta itu dingin dan suci, sesuci embun di subuh hari,
Menyaman syahdu di sudut hati..”
…lantas kau balas
“Titisan embun di hujung rumput, dibawa angin sejuk berpuput,
Bila mentari memancar terang, sudahnya sirna tanpa kesan
Tinggallah diri kini kesepian, merindu kesyahduan yang cuma kepalsuan..”

Tanyakan lagi pada awan gemawan,
Apa erti ungkapan sayang?
…jawab kepulan awan
“Bahasa sayang indah menawan, seindah bianglala pelangi petang,
Mewarnai kalbu diulit keasyikan..”
…lantas kau balas
“Warna pelangi itu ilusi maya, diburu tak sampai, digapai tak tercapai!
Terpesona dengan serinya, leka dibuai mimpi bahagia..
Akhirnya bila gerimis reda dan mentari kembali bersinar
Pelangi samar dan kian pudar..
Terjaga dalam kesepian, terpinga – pinga dalam kekalutan,
Merintihi kegersangan warna kehidupan lantaran ditinggalkan pelangi yang diangankan
Sendirilah diri dalam keresahan..”

Aku menyulam konklusi sendiri,
“Ya, kau insan kecewa bercinta..
Ya, kau insan hampa berkasih
Kau dipermainkan dengan bicara sayang
Lantas kau menghukum semuanya,
Pseudo! Maya! Palsu belaka…”
*Titisan air mata yang kau alirkan jelas membuat aku mengerti betapa hatimu begitu dilukai…

Begitulah hati ini jika sekali terluka, kita mula menghukum semuanya atas dasar emosi semata – mata. Sedangkan pernahkah kita terfikir, kita sepatutnya melakukan satu perubahan atau usaha bagi melepaskan diri kita ini daripada jerat yang telah kita ciptakan sendiri pada awalnya? *cakap macam ade pengalaman, tapi u xserik2..huhh.

Saturday 3 March 2012

Mac the MaCho!


This month is the best ever in every year. Dalam bulan ni act. banyak benda – benda yang bermakna. Sebagai contohnya, (cett, skema je ayat, dah terbiasa buat karangan), hari lahir aku dalam bulan ni. Alah, setakat hari lahir common la kan. Bila diingat – ingat kembali, setakat ni hari lahir yang paling best adalah pada usia sweet seventeen aku. Celebrationnya maybe 5 stars for my heart la, yang pastinya dia membuat aku sangat dihargai.=).. terima kasih sesangat pada member yang dah penat – penat buat video khas untuk bufday aku tu..thanks gak untuk my beloved sis, Arfa Zainal Abidin miss u so much lah dan lain – lain. Arfa, today is ur bufday, hope Allah will bless you always and u’ll get what u want.

Kalau kecik – kecik dulu dapat anak patung, dapat set memasak tipu2, dapat pistol mainan.haha, macam – macamlah. *tersengeh – sengeh nie. Kawan yang bagi pensel pon ada..takpe, kita lihat pada nilai kasih sayang, bukan pada nilai objek tu. 

Bulan Mac ni juga bufday ayah aku, esoknya bufday akak aku, aduh, ponim2.. Biasanya kitaorang akan kumpul 3 bufday ni dan pergi makan besar kat mana – manalah, besederhana saja. Itu yang sentiasa diterapkan oleh agama kita. Sekarang tengah berfikir hadiah apa yang patut di berikan untuk both of them. Yang aku bangganya, hari Keputraan Sultan Kelantan pun 30 Mac, jadinya setiap kali bufday mesti cuti la en but semuanya dah berubah pada tahun 2012 ni, sebab tarikh Keputraan dah ditukar. 

Mac 2012, penentu hidup aku. Yup! Keputusan SPM adalah pada bulan ni, aku berserah kepada Allah s.w.t, apa rezeki yang akan diberikanNya untuk aku. Semoga Dia memberikan yang terbaik bersama barakah dariNya, Amiin. Terpikir pulak, betapa aku suka month nie, nanti baby aku seksok, I’ll namakan him Macho! Sorry la my future husband, I nak jugak nama tu..haha!

Friday 2 March 2012

Bersyukurlah bila kita diuji..=)


Hari ni aku tak pernah rasa sakit macam nie dalam hidup aku. Bila kaki ni dah tak mampu nak di “stand”kan gara2 insiden tu.. air mata menitik2.. time it happen la, rasa cam sekejap je dan dah tak terfikir apa2 dah kecuali Allah.huhu. 

Walaupun sekarang nikmat berjalan mungkin hilang sekejap tapi aku tetap bersyukur. Macam seorang penyair arab tu cakap.. “semua yang Allah takdirkan adalah baik.” Tak semestinya semua yang baik, yang kita suka itu terbaik untuk kita, dan tak semua yang menyakitkan kita adalah teruk untuk kita. Padahal Allah Maha Mengetahui dan kita tidak. Apa yang kita harapkan semoga walau macamana baik dan macamana buruk pun sesuatu yang menimpa kita, itu adalah yang terbaik..=)

Mungkin Allah nak suruh aku ingat Dia.. akak aku baru pesan tadi..”Apabila seorang anak adam ditimpa sesuatu meski tercucuk duri sekalipun, maka akan hilanglah dosa dari dirinya..” sedeh la plak. Syukur gak di hati nie.. nasib baik aku yang kena, kalau fam aku yang lain..nauzubillah. Mungkin juga Allah nak suruh aku berehat..tengok betapa baiknya Dia..=)

Nasib baik la result SPM 3 minggu lagi.. kalau tak, maybe aku ke sekolah dengan keadaan yang emm.. ntah. Kaki berbalut? Terhincut2?huhu. Segan pulak kat member, tapi en kalau ngah thncut2 tuh, tibe2 dapat straight A’s…aku rase terus boleh marathon.haha. I- Allah.

The starter..=)


I think I got something wrong with my brain.hoho.  So then, I need to share. Baru je berjinak – jinak ngan blog nie, saje nak mencurah segala bakat mengarang yang ade nip.bhaha. Aku nie suka mengarang sejak lahir kat dunia ni lagi (cam pe je bajet), kalau usha balik karya2 dulu, gelak la aku sorang - sorang tapi jauh kat sudut hati..emm, pandai jugak aku ni, well matured la dikatakan. Lagi satu, bila tengok blog along aku, ttibe rase truja pulak. Kadang - kadang story yang dia luahkan aku sendiri pun tak pernah tahu..and aku ttbe feel lak bila baca blog dia, baru tahu kesusahan yang dia tanggung kat oversea tu. *the point is, benefit of blogging.hehe.

About myself la, nama aku Adnin bt. Abdullah, lahir pada 30 Mac 1994. Bagi aku la en, angka 3 ni memang akan bagi luck la dekat aku. Aku anak ke - 3 dalam fam aku, angka giliran pmr, spm, semua dapat 3 dan banyak lagi...ponat lak nak cerita. Lahir kat Hospital Kuala Krai, beratnya 3.2kg.haha, berat2, kesian mak aku. Then, aku sekolah first2 yang aku jejak ialah Tabika Kemas Abdul Rahman ( Abdul Rahman tu atuk sedara aku) bangge2.. Then, pada umur yang tak matang lagi iaitu 6 tahun, aku dah menumpang kat darjah satu kat sekolah yang ayah aku kerja, kirenya dua tahun la aku stay kat darjah satu. ( Ni strategi parents aku nak jadikan anak genius. Semua adik - beradik aku camni.) Aku study la seikhlas hati kat Sekolah Kebangsaan Kuala Nal tu, smpai la umur 12 tahun. Pindah la kat Sek. Men. Sultan Yahya Petra (1). Seronok..=), rasa macam "jagung muda" en.haha. Kat sana aku rasa lagi banyak tinggal kelas dari belajar, asyik kuar je. Debat un masuk, syarahan pun masuk, pantun pun masuk, sport pun masuk..aduh, burn2.. ore kelate kato "sakkat" gitu. Around bulan Ogos 2009, aku skip kelas dalam 2 minggu sebab bahas, nasib baik dapat merasa peringkat negeri. =P. Then, aku fokus la PMR, sambil usaha, sambil doa.. aku nak pergi sangat Kolej Islam Sultan Alam Shah, sejak dari tingkatan dua lagi aku mula menabur mimpi - mimpi ke bintang..

2 Februari 2010...pendaftaran kat KISAS, 1/2 impian hidup aku tercapai. Masih ingat bila first time di "Centre of xcellent" tuh.. I'm crying, Alhamdulillah Ya Allah.. dalam masa yang sama, aku juga dapat jadi pelajar terbaik PMR kat Kelantan. Banyaknya nikmat Allah...
Sekarang ngah menganggur menunggu result SPM.. Moga - moga Allah berikan aku rasa 11A+ yang berkat..=) amin..  
  
Ok, turn tu my feveret. My feveret warna ialah hitam dan pink, nampak ranggi tapi sweet.huhu. Aku suka sangat3 kucing and teddy.. suka benda yang furing lah. Feveret flavour aku ialah coklat and corn.. klaka la pulak tetiba minat jagung. Aku suka makan nasi lemak sebab tu diri yang serba kekurangan ni berlemak *ttbe je.haha..kena badi nasi lemak. Tapi lemak sikit je, maintain lagi nie. Drink? hm..aku suka coconut punya water, xpayah shake2 lah.haha. Hobi aku melukis, mengarang, dengar lagu, dan kadang2 membajet ngan adik aku, dia main gitar, aku nyanyikan.. Aku suka jalan2 ngan motor je, tapi lepas kejadian tu aku dah tak sentuh motor dah..sob3. 

Aku sayam family aku..muax. <3